Feed on
Posts
Comments

Kisah Zinnirah;

Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.

The Justice of Allah.

Musa Alaihis Salaam was once passing by a stream that was flowing from the foot of a mountain. He performed his wudhu and climbed up the mountain to perform Salaah. After a short time, a man on horseback came along and drank some water from the stream. As he left, he forgot to take his bag of dirhams with him. After a while, a shepherd came along. He saw the bag of money and took it with him. A while later an old man came along. He was really old and on his head he carried a bundle of wood. He placed the wood aside and lied down close to the stream to rest. Not long after, the horseman returned looking for his lost bag of money. He asked the old man where it was but the old man replied that he had no knowledge of it. They began arguing and finally the horseman struck the old man such a blow that he fell down dead on the spot.

Musa Alaihis Salaam saw all of this and asked ALLAH : “Where is the justice?”

ALLAH Ta’ala sent down revelation to him explaining the issue: “The old man had killed the horseman’s father and the horseman owed some money to the shepherd’s father. The amount of money in the bag was precisely the same as the debt owed. In this way the rightful punishment was given out to the murderer and the debt was paid back.”

ALLAH explained to Musa Salaihis Salaam : “I am a judge who is just.”

Reference : Hayaatul Hayawaan

Lesson

Things may outwardly appear unjust to the eyes of man, but man is incapable of understanding the perfect wisdom and system of ALLAH. ALLAH is completely just in every single decision of His.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

 

1.      Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang

        sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: ‘Ya Allah, jadikan hatiku

        bersih.’

 

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini

        merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-

        ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan

        semua perkara kebaikan.

 

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan

        menenangkan minda.

 

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

        penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah ‘Qulhu-allah’

        sebanyak 3X.

 

5.      Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu

        sebutkan.

 

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk

        diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: ‘Aku

        sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

 

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

        senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: ‘Ya Allah, cuci otak aku, cuci

        hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.’

        Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan

        sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

 

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

        kejahatan.

 

9.      Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,

        tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

 

10.    Kekalkan wuduk.

 

 11.    Bersedekah.

 

12.    Belanja orang makan.

 

13.   Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

 

14.   Berkawan dengan ulama.

 

15.   Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

 

16.   Pesan pada orang, jadi baik.

 

17.   Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

 

‘Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.’

 

Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda

pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan

petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya’allah.

It Happens in Seremban

 

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut    lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

 

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi  ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam   agama HINDU..

 

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

 

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

 

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.

Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

 

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan   lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

 

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan   unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

 

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

 

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi   muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

 

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

 

NOTA:

Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

 

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

 

Wassalam.

 

hmmm ….semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir tersebut. Amin…

Tazkirah hari ini..

 

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, ‘Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?’

 

Maka berkata orang muda itu, ‘Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.’ Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, ‘Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.’

 

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada  pemuda itu, ‘Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?’

 

Berkata orang muda itu, ‘Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.’ Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.’

 

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

‘Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.’

Lalu para sahabat bertanya, ‘Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?’ Berkata ular, ‘Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya’.

 

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,

KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Hanya sekadar iktibar untuk kita semua .

 

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi

buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap

orang yang mendekatinya,

 

“Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu

orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir,

 

apabila kalian mendekatinya maka kalian akan

dipengaruhinya” .

 

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW

mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa

berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan

makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan

pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya

itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan

hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

 

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang

yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis

Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat

Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah

anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan

merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya

kepada anaknya itu,

“Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku

kerjakan?”.

 

Aisyah RA menjawab,

 

“Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan

hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah

lakukan kecuali satu saja”.

 

“Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA.

 

“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung

pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis

Yahudi buta yang ada di sana “, kata Aisyah RA.

 

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan

membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.

Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan

makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai

menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,

 

“Siapakah kamu?”.

 

Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa

(mendatangi engkau).”

 

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” ,

bantah si pengemis buta itu.

 

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini

memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang

yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi

terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah

itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan

perkataannya.

 

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia

menangis sambil berkata kepada pengemis itu,

 

“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku

adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia

itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.

 

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar

penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,

“Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya,

memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,

ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia

begitu mulia….”

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di

hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu

menjadi muslim.

 

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani

kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah

setidaknya niatkan untuk meneladani beliau? Beliau

adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

 

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus >

persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani

sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita

sanggup melakukannya.

 

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu

mencintai Rasulullahmu. ..

 

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan,

pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi…jalan

terus.

 

 

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

 

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap

dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke Rumah Sakit dan setiap orang sakit

menggunakannya, Anda dapat hasanah

3. bagi bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan

do’a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do’a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang

berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika

seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas,

Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

 

 

 

 

Hari Asyura

Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak  , suami &  isteri2

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

 

2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

 

3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

 

4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

 

6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari

kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

 

7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

 

8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

 

9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

 

11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’

Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

 

12. Membaca

‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’

fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

 

13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

 

14. Puasa

Niat - ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.  

 

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

 

Suatu ketika, Muaz  b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong  huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

 

“Pada sangkakala ditiup,maka  kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda  menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan  kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan  berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka  sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

 

BARISAN  PERTAMA  

Di iring dari kubur  dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu  seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

 

“Mereka itu adalah orang-orang  yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan  tempat kembali mereka adalah neraka…”

 

BARISAN  KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi  hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu  hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali  mereka adalah neraka…”

 

BARISAN  KETIGA  

Mereka berbentuk  keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.  

“Mereka itu adalah  orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali  mereka adalah neraka…”

 

BARISAN  KEEMPAT  

Diiring dari kubur  dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.  

“Mereka  itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan  tempat mereka adalah neraka…” 

 

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.  Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu  ketenteraman di Padang Mahsyar.

 

“Mereka itu adalah orang yang  menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula  rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka  adalah neraka…”

 

BARISAN  KEENAM  

Diiring dari kubur  dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang  menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…”

 

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka  mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di  atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…”

 

BARISAN  KELAPAN  

Diiring dari kubur  dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang  berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”  

 

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari  kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka  penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang  tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…”

 

BARISAN  KESEPULUH  

Diiring dari kubur  mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.  

“Mereka adalah orang  yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali  mereka adalah neraka…”

 

BARISAN  KESEBELAS  

Diiring dari kubur  mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk  lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur  memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

 

“Mereka adalah  orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…” 

 

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar  laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah  suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

 

“Mereka adalah orang yang  beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka  memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah  bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha  Pengasih…”

 

Jika engkau mahukan kemesraan  dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan  manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah  denganNya…..Wallahua’alam.

Siapakah Qarin?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Ujian Allah.

“AKU TAK DAPAT TAHAN!!!”
“Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” ~Surah Yusuf ayat 12

“KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? “
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
~ At-Taubah ayat 129

“APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?”
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. “~ At-Taubah ayat 111

“BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?”
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ~ Al-Imran ayat 200….

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ~ Al-Baqarah ayat 45

“RASA FRUST?”
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ~Surah Al-Imran ayat 139

“KENAPA UJIAN SEBERAT INI?”
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~Surah Al-Baqarah ayat 286

“KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?”
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~Surah Al-Baqarah ayat 216

“KENAPA AKU DIUJI?”
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” ~ Al-Ankabut ayat 2-3

Cara mengkhusyukkan Solat

Cara yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :

1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.

2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.

Meskipun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya.

Seperti firman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :
“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”

Older Posts »